Tawaran Menarik!

Resepi Kari Ayam Mangga

Resepi Kari Ayam Mangga

bahan-bahan:
Untuk 2 hidangan

1 sudu besar minyak masak
250 gram dada ayam tanpa tulang, potong kiub
1/2 cawan stok ayam
1 sudu besar kicap
1 sudu besar cuka 
1 1/ 2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu besar tepung jagung
1 biji bawang besar, potong dadu
1 lada benggala , dihiris
1 inci halia , dicincang
1 biji mangga (separa masak), potong dadu

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Masukkan ayam dan goreng sehingga warna ayam bertukar putih keseluruhannya. Pindahkan ayam ke dalam pinggan. 

Menggunakan kuali yang sama , masukkan bawang dan masak sehingga layu. Masukkan lada benggala dan masak selama 2 minit , kemudian masukkan halia dan masak selama satu minit lagi.

Sementara itu satukan stok ayam , kicap , cuka , gula perang , serbuk kari, dan tepung jagung di dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga mesra. 

Masukkan campuran stok ayam dan dada ayam yang telah dimasak ke dalam kuali. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan mangga dan masak sehingga mangga panas keseluruhannya.

Sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan denagn nasi panas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails