Tawaran Menarik!

Resepi Kerabu Suhun Dengan Tempe

Resepi Kerabu Suhun Dengan Tempe

Bahan-bahan:
200gm suhun - direndam hingga lembut
100gm fucuk tahu - disiat2 dan direndam hingga lembut 
50gm kacang panjang atau kacang buncis - dihiris nipis
5 keping tempe goreng - dihiris nipis
1 keping tauhu goreng - dipotong dadu
3 biji bawang merah (kecil) - dimayang
2 biji bawang putih - dimayang
1 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan cili kisar
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam, gula dan serbuk perisa secukup rasa
 
 
Cara Penyediaan:
 
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kisar sehingga naik minyaknya.
Kemudian masukkan kacang panjang, tauhu goreng dan juga tempe goreng. Gaul rata dan biarkan seketika.
Masukkan pula suhun dan fucuk tahu. Kacau hingga mesra.
Perasakan dengan garam, gula, serbuk perisa serta sedikit kicap.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails