Tawaran Menarik!

Resepi Telur Dadar Ayam Cendawan


Resepi Telur Dadar Ayam Cendawan
Bahan-bahan:
3 biji telur
100 gram isi ayam kisar
100 gram cendawan butang - dicincang
1 sudu hirisan daun bawang
1 sudu tepung beras - dibancuh dengan sesudu air
1 sudu teh sos tiram
½ sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis dan goreng telur
Cili sos jika suka
 
Cara Penyediaan:
 
Panaskan minyak dan tumiskan isi ayam hingga empuk.
Masukkan cendawan, daun bawang, sos tiram, lada sulah dan garam. Gaul hingga mesra dan biarkan seketika.
Sementara itu pecahkan telur di dalam mangkuk dan pukul sederhana. Campurkan bancuhan tepung jagung dan tuangkan ke atas tumisan tadi.
Biarkan hingga telur masak dan tutup separuh dadar tadi.
Pindahkan ke dalam pinggan. Tuangkan cili sos jika suka dan hidangkan panas.
Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails