Tawaran Menarik!

Resepi Kek Kukus Keju Mangga


Resepi Kek Kukus Keju Mangga

Bahan-bahan :
50 gram mentega
250 gram krim keju
150 gram gula halus
4 biji telur
1 biji lemon yang diparut kulitnya
100 gram krim putar (whipping cream)
100 gram puri buah mangga
 
 
Cara Penyediaan :
 
Masukkan mentega, krim keju dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati. 
Kemudian masukkan telur dan pukul dengan perlahan.

Selepas itu masukkan parutan kulit lemon untuk perisa dan krim putar. Pukul dengan perlahan sehingga sebati.

Akhir sekali masukkan puri mangga dan kacau hingga mesra.
Stim selama dua jam pada suhu 160ÂșC.
Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails