Tawaran Menarik!

Resepi Kek Lapis Sarawak - Kek Lapis Coklat Cadbury


Resepi Kek Lapis Sarawak - Kek Lapis Coklat Cadbury

Bahan-bahan:

Bahan A:
10 biji telur gred A
330   gram tepung Hong Kong
1 sudu makan Ovallete
175  gram gula kastor
1 sudu teh esen vanila

Bahan B:
225  gram susu pekat manis
450  gram mentega

Bahan C:
75  gram horlicks
300  gram kepingan coklat cadbury
1 sudu serbuk koko Van Houten
1 sudu serbuk browning hitam

Cara Penyediaan:

Panaskan pengukus.

Masukkan kesemua bahan A ke dalam mangkuk dan pukul selama 5 minit. Ketepikan.

Dalam mangkuk lain, satukan bahan B dan pukul selama 5 minit, kemudian tuangkan bahan B ke dalam bancuhan bahan A tadi. Kacau hingga mesra.

Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian di campurkan dengan Horliks dan satu bahagian lagi dimasukkan serbuk koko dan juga sedikit browning.

Tuang 1 lapisan coklat di dalamloyang kek dahulu, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 10 minit. Buka aluminium foil dan tuang satu lapisan Horliks, tutup semula dengan aluminiumfoil dan sambung kukus selama 10 minit juga. 

Kemudian buka aluminium foil dan susun coklat Cadburry di atasnya dan tuangkan adunan seperti proses asal mengikut lapisan demi lapisan. Lakukan proses yang sama hingga habis adunan.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails