Tawaran Menarik!

Resepi Lempeng Yogurt


Resepi Lempeng Yogurt

Bahan A:

300 gm tepung - ayak
1 cawan bijirin Nestum
4 sudu gula kastor
3 sudu serbuk penaik

Bahan B:

2 biji telur, dipukul perlahan
300 ml air
200 gm Nestle Natural Set Yogurt
1 sudu minyak masak
1 sudu esen vanila
1 sudu jem strawberi

Jem strawberi untuk filling.

Cara Penyediaan:

Campurkan bahan A di dalam sebuah mangkuk dan dengan perlahan-lahan masukkan semua bahan B.
Kacau rata sehingga adunan menjadi sebatian dan pekat.
Panaskan kuali yang tidak melekat dan tuangkan satu sudu besar adunan di atasnya.
Letakkan satu sudu teh jem di tengah-tengah adunan, kemudian tambahkan satu sudu besar adunan di atasnya.
Masak di atas api kecil sehingga keluar buih dan pecah.
Balikkan sehingga masak sebelah lagi.
Ulang sehingga adunan habis.

No comments:

Related Posts with Thumbnails