Tawaran Menarik!

Resepi Mousse Rasberi


Resepi Mousse Rasberi

Bahan-bahan:
1 l yogurt - plain yogurt
500 ml puri rasberi
500 ml krim masakan
125 ml susu
100 ml air
150 gm gula
25 gm gelatin halal
Cara Penyediaan:
Panaskan puri rasberi dan gula di dalam periuk sehingga mendidih dan sebati. Angkat dan sejukkan seketika. Ketepikan. 
Didihkan gelatin dan air sehingga larut. 
Kemudian satukan adunan puri rasberi dan adunan gelatin tadi. Kacau rata.
Setelah itu masukkan krim masakan dan yogurt. Kacau sehingga sebati.
Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam beg ‘piping’ dan paipkan ke dalam gelas berkaki. Sejukkan.
Sedia untuk dihidangkan.
Nota: Selain puri rasberi, boleh juga digantikan dengan puri buah-buahan lain seperti bluberi, strawberi, mangga, laici dan sebagainya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails