Tawaran Menarik!

Resepi Nasi Goreng Bombay


Resepi Nasi Goreng Bombay

Bahan-bahan:
250 gram nasi putih
4 ketul ayam - dipotong kiub
1 sudu minyak masak
1 biji bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
½ sudu teh rempah kari daging
sepotong nanas - dihiris nipis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
1 biji telur - digoreng dadar & dipotong halus 
Hirisan daun bawang & timun secukupnya
 
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan tumis hingga garing.
Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan seketika sehingga ayam masak (berubah warna)
 
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul hingga mesra.
Masukkan nasi dan hirisan nanas. Gaul lagi hingga mesra.
Hidangkan nasi goreng bersama hirisan timun serta taburan telur goreng dan daun bawang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails