Tawaran Menarik!

Resepi Sotong Lemak Belimbing Buluh


Resepi Sotong Lemak Belimbing Buluh

Bahan-bahan:
Sedikit minyak untuk menumis
1 labu bawang besar 
8 ulas bawang putih 
1 inci kunyit hidup 
30 biji cili padi  
3 batang serai - diketuk
Sedikit halia sebesar ibu jari - diketuk
Santan Pekat dari 1 biji kelapa
1 kilo Sotong - Janggut dan kepala sotong di sumbat ke dalam badan sotong dan ia kemudian dikemas dengan lidi 
1 kiub Pati Ikan Bilis
Sedikit garam
Belimbing buluh
1 helai daun kunyit
1 helai daun limau purut
 
Cara Penyediaan:-
Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi bersama-sama sehingga lumat.
Panaskan minyak untuk menumis dalam periuk.Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk/dikisar, serai dan halia. Tumis sehingga naik bau dan bawang betul-betul layu.
Masukkan sotong, santan, kiub ikan bilis dan garam. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih untuk elak pecah minyak.
Sebelum angkat masukkan belimbing buluh, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau rata dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.'

No comments:

Related Posts with Thumbnails