Tawaran Menarik!

Resepi Biskut Semperit Susu


Resepi Biskut Semperit Susu

Bahan-bahan Biskut Semperit Susu:

200 gram tepung gandum
250 gram tepung jagung
50 gram susu tepung
250 gram mentega
250 gram gula aising
2 biji telur
belahan buah ceri merah secukupnya untuk hiasan
Cara Penyediaan:

Pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang.

Masukkan telur dan teruskan pukul sehingga sebati.

Seterusnya masukkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung sedikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga menjadi doh yang lembut.

Kemudian masukkan doh ke dalam beg paiping dan paip menjadi bentuk bunga di atas dulang pembakar yang telah digris.

Letakkan belahan buah ceri di tengah-tengah bunga doh tadi.

Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165C selama 15 - 20 minit dengan api atas dan bawah supaya biskut masak sekata.

Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan
di dalam bekas kedap udara.

No comments:

Related Posts with Thumbnails