Tawaran Menarik!

Resepi Kek Keju Salju (Snow Cheesecake Recipe)


Resepi Kek Keju Salju (Snow Cheesecake Recipe)
 
Bahan-bahan untuk Kek:
6 biji telur gred B
100 gram gula pasir
100 gram tepung gandum
60 gram tepung jagung
50ml air sejuk
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu makan ovallette
1 sudu teh esen vanila
75 gram minyak sayuran
 
 
Bahan-bahan untuk Krim Keju:
250 gram krim keju
½ tin susu pekat
2 sudu makan susu segar
Parutan keju cheddar secukupnya
 
 
Cara Penyediaan:
 
Satukan kesemua bahan-bahan kek kecuali minyak. Putar sehingga gebu.
Perlahan kelajuan putaran dan masukkan minyak. Putar lagi hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan bakar pada suhu 150 C selama 1 jam.
Setelah masak, telangkupkan kek dan biarkan sejuk seketika.
Untuk membuat krim keju, putar krim keju di dalam mangkuk hingga lembut.
Kemudian masukkan susu pekat serta susu segar. Kacau hingga adunan mesra.
Sapukan krim keju pada keseluruhan kek dan taburkan parutan keju cheddar di atasnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails