Tawaran Menarik!

Resepi Oreo Cream Fudge - Resepi Mudah


Resepi Oreo Cream Fudge - Resepi Mudah

Bahan-bahan :

1 bungkus biskut oreo (anggaran 14 keping)
550gram coklat putih
395ml (1 tin) susu pekat manis


Cara Penyediaan:

Pecah-pecahkan biskut oreo. Sebaik-baiknya biarkan kasar supaya dapat ketulan biskut dalam cream fudge. Ketepikan.

Satukan coklat putih dan susu ke dalam mangkuk tahan panas. Masukkan ke dalam microwave. Panaskan pada suhu tertinggi selama 30 saat, keluarkan dan kacau. Ulang beberapa kali hingga coklat putih dan susu sebati.

(Jika tiada microwave, boleh cairkan coklat putih secara double boil dan masukkan susu. Kacau hingga sebati)

Masukkan pecahan biskut oreo ke dalam sebatian coklat putih. Kacau hingga mesra.

Griskan atau lapikkan kertas minyak dalam loyang empatsegi. Masukkan adunan, tekan-tekan dan ratakan permukaannya.

Masukkan ke dalam petiais, biarkan hingga keras anggaran selama 2jam.

Keluarkan dari loyang dan potong petak-petak mengikut suka.

AMARAN:
Resepi ini mungkin terlalu manis, Boleh kurangkan rasa manis dengan mengurangkan sukatan susu pekat manis.

No comments:

Related Posts with Thumbnails