Tawaran Menarik!

Resepi Oreo Truffles - Resepi Mudah


Resepi Oreo Truffles - Resepi Mudah

Bahan-bahan:

30 keping biskut oreo
113 grams (1/2 bar) cream cheese - pada suhu bilik
2 cawan coklat putih (semisweet)

Cara Penyediaan:

Hancurkan biskut oreo dan masukkan ke dalam mangkuk.

Masukkan cream cheese dan gaul dengan senduk sehingga membentuk doh yang lembap.

Ambil sedikit doh dan buat bebola kecil dengan tapak tangan. Letakkan bebola di dalam loyang yang telah dilapik kertas minyak. Buat bebola kecil sehingga habis adunan.

Masukkan loyang berisi bebola kecil ke dalam peti ais bahagian beku selama 15-20 minit.

Sementara itu cairkan coklat putih secara double boiler. Setelah coklat cair sepenuhnya, tutup api.

Keluarkan bebola oreo cheese tadi dari peti ais. Guna pencungkil gigi cucuk bebola itu dan celup ke dalam coklat putih hingga tersalut keseluruhannya. Letakkan semula pada tempatnya di dalam loyang. Ulang proses ceupan untuk semua bebola yang lain.

Biarkan salutan coklat putih memejal semula pada suhu bilik.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails