Tawaran Menarik!

Resepi Biskut Gula - Resepi Mudah


Resepi Biskut Gula - Resepi Mudah

Bahan-bahan:
3/4 cawan mentega - pada suhu bilik
1/2 cawan gula kastor
2 1/4 cawan tepung gandum
Gula secukupnya untuk salutan
Cara Penyediaan:

Pukul mentega sehingga ringan, masukkan gula kastor dan teruskan pukul sehingga ringan dan gebu.
Masukkan tepung gandum dan pukul sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.

Keluarkan adunan dan uli dengan tangan sehingga menjadi doh.

Setelah menjadi doh yang licin, bentukkan menjadi empat segi sama atau bulat memanjang.

Sediakan selembar kertas minyak. Tabur gula pada keseluruhan permukaan kertas minyak tesebut.

Golekkan doh pada gula supaya keseluruhan doh tersalut rata.


Pindahkan doh bersalut gula pada plastik dan balut keseluruhan doh. Masukkan ke dalam petiais. Biarkan doh memejal anggaran selama setengah jam.

Keluarkan doh daripada balutan plastik dan potong anggaran setebal 1cm seperti dalam gambar.


Susun pada dulang pembakar, dan masukkan ke dalam oven. 
Bakar pada suhu 165c selama 20 minit atau sehingga menjadi sedikit keemasan.

Keluarkan dari oven, biarkan sejuk pada suhu bilik, dan kemudian disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Siap... sesuai dibuat hidangan di hari raya atau dibuat kudapan minum petang.
Selamat mencuba.
Sumber https://www.youtube.com/watch?v=2tlLq9qvG-c

No comments:

Related Posts with Thumbnails