Tawaran Menarik!

Resepi Kek Keju Gebu - Japanese CheeseCake


Resepi Kek Keju Gebu 
~ Japanese CheeseCake ~


Bahan-bahan

Sukatan di bawah adalah untuk 2 biji kek menggunakan loyang bulat saiz 6".


Bahagian A

  1. 360g cream cheese
  2. 150ml susu
  3. 3 sudu gula
  4. 4 biji kuning telur
  5. 5 sudu tepung kek
  6. 5 sudu tepung jagung

Bahagian B

  1. 4 biji putih telur
  2. 8 sudu gula

Cara Penyediaan

Griskan permukaan daam loyang dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak. 
Ketepikan.



Bahagian A

  • Satukan cream cheese, susu dan gula. Cairkan dengan kaedah double boil. Kacau sehingga sebati.

  • Keluarkan dari doubble boil. Masukkan telur kuning. Kacau sehingga sebati.
 


  • Masukkan tepung kek diayak bersama tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga habis sambil dikacau sehingga sebati. Ketepikan.
 


Bahagian B


  • Pukul putih telur sehingga bertukar warna menjadi putih. 




  • Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis sambil dipukul. Terus pukul sehingga adunan menjadi tebal, ringan dan gebu.

  • Masukkan adunan dari bahagian A ke dalam adunan bahagian B. Gaul dengan spatula atau pengacau perlahan-lahan sehingga bersatu. 

  • Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disediakan awal tadi.


  • Panaskan oven pada suhu 130°C
  • Bakar kek dengan kaedah "waterbath". Masukkan loyang ke ke dalam dulang pembakar yang besar (muat masuk oven), tuang air panas ke dalam dulang pembakar tersebut sehingga separuh tinggi. 
  • Masukkan dulang pembakar ke dalam oven. Bakar pada suhu  130°C selama 30 minit. Kemudian tinggikan suhu ke  150°C selama 60 minit. 
  • Setelah masak, biarkan seketika dalam oven selama 15 minit sebelum dikeluarkan.
  • Keluarkan daripada oven, perlahan-lahan keluarkan kek dari loyang dan sejukkan atas rak besi.


  • Biarkan kek sejuk pada suhu bilik. Boleh dihidang terus atau disimpan dahulu dalam petisejuk semalaman.
  • Tabur serbuk gula untuk hiasan. Sedia untuk dihidangkan.

~ TIPS ~
  • Simpan kek dalam bekas bertutup dalam peti sejuk boleh tahan selama 3 hari.
  • Simpan kek dalam bekas bertutup dalam peti sejuk beku boleh tahan selama 3 bulan.
  • Jangan pukul adunan seteah bahagian A dan bahagian B dicampur. Cukup sekadar gaul sehingga bersatu.
  • Jangan bakar pada suhu tinggi, kek akan jadi bantat atau merekah.
Selamat Mencuba :-)

Sumber :

No comments:

Related Posts with Thumbnails